Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Yesaya 54

A A A
Alkitab Versi Borneo

Perjanjian damai dengan Sion

1A"Bersorak-sorailah, wahai perempuan mandul yang tidak pernah melahirkan anak!

Bergembiralah dengan sorak-sorai dan memekiklah, wahai engkau yang tidak pernah mengalami sakit bersalin!

Kerana anak daripada perempuan yang ditinggalkan suaminya akan lebih ramai daripada anak daripada perempuan yang bersuami," demikianlah firman TUHAN.

2"Luaskanlah tempat khemahmu

dan biarlah dibentangkan kain-kain khemah penghunianmu,

jangan ditahan-tahan.

Panjangkanlah tali-talimu

dan kukuhkanlah pancang-pancangmu,

3kerana engkau akan mengembang ke kanan dan ke kiri.

Keturunanmu akan memiliki bangsa-bangsa

dan menduduki kota-kota yang sunyi sepi.

4Jangan takut, kerana engkau tidak akan mendapat malu.

Jangan berasa tercela, kerana engkau tidak akan dihina.

Engkau akan melupakan aib semasa mudamu,

dan cela kejandaanmu tidak akan kauingat lagi.

5Sesungguhnya, Dia yang menjadikan engkau seperti suami bagimu,

TUHAN alam semesta, ialah nama-Nya.

Penebusmu ialah Yang Maha Suci, Allah Israel.

Dia disebut Allah semesta bumi.

6TUHAN memanggil engkau

seperti memanggil isteri yang ditinggalkan dan yang bersusah hati,

iaitu isteri yang dikahwin pada masa muda tetapi kemudian ditolak,"

demikianlah firman Allahmu.

7"Seketika sahaja Aku meninggalkan engkau,

tetapi dengan kasih sayang yang besar Aku akan mengumpulkan engkau.

8Dalam luapan murka-Ku

Aku menyembunyikan hadirat-Ku daripadamu seketika sahaja,

tetapi dengan kasih yang kekal

Aku mengasihani engkau,"

demikianlah firman TUHAN, Penebusmu.

9B"Bagi-Ku hal ini seperti air bah pada zaman Nuh.

Sebagaimana Aku bersumpah

bahawa air bah pada zaman Nuh tidak akan melanda bumi lagi,

demikianlah Aku bersumpah

bahawa Aku tidak akan murka lagi kepadamu atau mengherdik engkau.

10Sekalipun gunung-ganang dipindahkan

dan bukit-bukit bergoyang,

kasih abadi-Ku tidak akan berpindah daripadamu

dan perjanjian damai-Ku tidak akan bergoyang,"

demikianlah firman TUHAN, yang mengasihani engkau.

11C"Wahai engkau yang tertindas, diserbu badai, dan tidak dihiburkan!

Sesungguhnya, Aku akan menghamparkan alasmu daripada batu serawak

dan meletakkan dasarmu daripada batu nilam.

12Puncak-puncak menaramu akan Kubuat daripada batu delima,

pintu-pintu gerbangmu daripada batu manikam,

dan seluruh tembok perbatasanmu daripada batu permata.

13DSemua anakmu akan menjadi pengikut TUHAN,

besarlah kesejahteraan anak-anakmu itu.

14Engkau akan dikukuhkan dalam perbenaran,i

engkau akan jauh daripada penganiayaan,

kerana engkau tidak akan takut lagi.

Engkau akan jauh daripada kengerian,

kerana hal itu tidak akan mendekatimu.

15Kalaupun orang berkumpul menyerbu,

itu bukan berasal daripada-Ku.

Sesiapa pun yang berkumpul untuk melawan engkau akan jatuh.

16Sesungguhnya, Akulah yang menciptakan tukang besi

yang menghembus-hembus api arang

dan menghasilkan senjata menurut kegunaannya.

Tetapi Aku jugalah yang menciptakan

pemusnah untuk melakukan pemusnahan.

17Setiap senjata yang dibentuk untuk melawan engkau

tidak akan berhasil,

dan setiap lidah yang mendakwa engkau dalam pengadilan

akan kaubuktikan salah.

Inilah harta pusaka hamba-hamba TUHAN

dan kebenaran yang diterima mereka daripada-Ku," demikianlah firman TUHAN.